[VIDEO] 'Dengar, lihat arwah baru dia berhenti menangis'

Syed Uthman Hamzah menyentuh skrin telefon bimbit ibunya seolah-olah merindui ayahnya, Allahyarham Abam Bocey. - Foto Instagram @hidayah_abam
Syed Uthman Hamzah menyentuh skrin telefon bimbit ibunya seolah-olah merindui ayahnya, Allahyarham Abam Bocey. - Foto Instagram @hidayah_abam
A
A
A

"ALLAH, mengalir air mata bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat, baru dia berhenti menangis." Demikian ungkapan balu Allahyarham Abam Bocey setelah melihat gelagat anaknya yang seolah-olah merindui bapanya.

Nor Hidayah Mohd Ali sebelum ini berkongsi satu rakaman video di Instagram memaparkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tidak berganjak melihat wajah bapa menerusi telefon bimbit.

Tidak petah lagi untuk menzahirkan rasa rindu, namun tindak tanduk Hamzah menyentuh wajah bapanya di skrin telefon bimbit membuatkan peminat tersentuh hati.

"Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah," tulis kapsyen pada video tersebut.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 meninggalkan seorang cahaya mata lelaki.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Penjaga kubur dedah kebaikan Abam Bocey

Artikel Berkaitan:

'Penat macam mana pun Abam tak pernah tolak program dakwah'

Swetie_shaa berkata, "Seumpama dia berkata sesuatu waktu dia tatap dan pegang muka arwah dalam skrin, terpancar rindu yang teramat, tabahlah wahai anak, syurga buat ayahmu, jadi anak soleh ya sayang, ramai sayang awak."

Ujar nani_nurafnita pula, "Hamzah kena jadi kuat ya sayang, jadi anak soleh. Ibu ayah nanti boleh bawa ibu masuk syurga jumpa ayah nanti."