Hentikanlah 'prank call', kata Adibah Noor

Paparan Twitter Adibah Noor mencuri perhatian peminatnya.
Paparan Twitter Adibah Noor mencuri perhatian peminatnya.
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Adibah Noor Mohamed Omar menyarankan kepada sebuah stesen radio untuk menyebarkan berita gembira dan mesej berbentuk kasih sayang bukannya melakukan 'prank call' atau usikan kepada pendengar.

Luahan itu dimuat naik di Twitternya petang ini dan menyifatkan tingkah laku atau tindakan 'prank call' bukan suatu yang lucu dan wajar dihentikan.

"Sampaikan berita-berita menggembirakan, mesej semarak kasih sayang," ciapnya.

Perkongsian itu berkemungkinan merujuk kepada sebuah stesen radio yang gemar membuat 'prank call' kepada pendengarnya hingga mendatangkan reaksi kurang senang pendengar lain yang mengikuti siaran itu.

Rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan Adibah Noor kerana segmen tersebut tidak relevan ketika ini.

"Betul, stesen radio dan televisyen perlu jadi contoh untuk hebahan perkara-perkara yang baik dan mesej positif," kata @HanaHideaki.

Kata @zachkry, "Buat perubahan... Sekarang dah banyak input dan topik yang bincangkan selari dengan hal ehwal semasa yang berlaku di dalam negara. Ini yang kita mahukan bukan hiburan semata.

Ujar @pucukaduk, "Betul beri input-input bermanfaat, prank call dah 'outdated' 2020. Orang dah bosan, beri input motivasi, tips pun orang suka, kalau ada aplikasi terbaru di telefon bimbit boleh kongsi."

Artikel Berkaitan: