Anak lembu berkepala dua

Anak lembu tersebut mempunyai empat mata, dua mulut dan sepasang telinga.
Anak lembu tersebut mempunyai empat mata, dua mulut dan sepasang telinga.
A
A
A

PAARASALAI - Seorang penternak terkejut apabila seekor lembu miliknya melahirkan anak yang mempunyai dua kepala, di Kampung Paarasalai, India, minggu lalu.

Penternak tersebut, Bhaskar tidak menjangkakan kejadian pelik itu yang memperlihatkan anak lembunya itu mempunyai dua wajah dengan dua kepala yang bercantum.

Menurutnya, anak lembu itu mempunyai empat mata dan dua mulut, namun masih mempunyai sepasang telinga, lapor Mirror.

Anak lembu berkepala dua bersama ibunya.
Anak lembu berkepala dua bersama ibunya.

"Saya perlu memberikan minum susu botol kepada anak lembu ini setiap hari kerana mempunyai dua lidah yang sukar untuk minum secara normal," katanya.

Sejak kelahiran lembu istimewa itu, ladang ternakan lembu milik Bhaskar menjadi perhatian umum.

Kebanyakan pengunjung adalah dari kampung-kampung lain yang mahu menyaksikan sendiri keunikan lembu tersebut.

Artikel Berkaitan: