X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita dibunuh: Bekas suami ditahan bantu siasatan

Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A

SERDANG - Seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan bekas isterinya di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek warga tempatan itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di Genting Highlands, Pahang dan kini direman tujuh hari sehingga Rabu depan.

"Siasatan awal polis menolak motif kejadian adalah berunsur samun kerana barang milik mangsa dijumpai bersama dengan kunci kenderaannya.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis meminta sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya memaklumkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-80742222 atau balai yang berdekatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismadi turut mengesahkan mangsa yang juga warganegara China yang mempunyai taraf penduduk tetap dipercayai dibunuh menggunakan pisau.

Katanya, terdapat beberapa kesan kecederaan iaitu di leher, kepala dan bahagian badan mangsa berusia lingkungan 50-an itu.

Terdahulu, dalam kejadian itu, mayat mangsa ditemui terbaring dan berlumuran dadah berhampiran keretanya jenis Toyota Camry.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditemui mati dengan kesan kelar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus