Rumah kongsi digempur, 253 PATI ditahan

Antara PATI yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan penempatan haram di Desa Park City, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Antara PATI yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan penempatan haram di Desa Park City, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 253 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di penempatan haram yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Desa Park City, di sini, tengah malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, Ops Kutip itu dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah malam hasil maklumat dan risikan pihaknya.

"Operasi terbabit bertindak menahan 253 PATI termasuk 36 wanita berusia lingkungan 25 hingga 48 tahun atas pelbagai kesalahan imigresen.

"PATI yang ditahan terdiri daripada 131 warga Bangladesh, 112 Indonesia, Myanmar (9) dan Pakistan (1)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Hamidi berkata, siasatan mendapati PATI terbabit menjadikan kawasan milik Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dengan membina rumah serta kedai makan secara tidak sah.

Antara PATI yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan penempatan haram di Desa Park City, Kuala Lumpur tengah malam tadi.
Antara PATI yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan penempatan haram di Desa Park City, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Malah, pihaknya juga mengesan terdapat kerosakan harta dan pagar milik PLUS yang dilakukan PATI terbabit.

Katanya, kebanyakan PATI yang ditahan adalah pekerja buruh binaan yang bekerja di kawasan berdekatan.

Artikel Berkaitan:

"Semakan juga mendapati PATI ini gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa selain memiliki pas dan permit palsu," katanya.

Tegasnya, tindakan akan diambil mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Imigresen 1959/63.