Sambil beli-belah, tambah pahala dengan beramal

MOHAMAD Fitri (empat dari kanan) dan Noorsamah (tiga dari kiri) ketika gimik pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.
MOHAMAD Fitri (empat dari kanan) dan Noorsamah (tiga dari kiri) ketika gimik pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.
A
A
A

BAGI mereka yang tercari-cari kelengkapan haji dan umrah, butik pakaian Haqqi antara tempat yang ideal untuk membuat pilihan.

Sambil membeli-belah, pelanggan juga boleh beramal kerana kira-kira lima peratus bagi setiap pembelian berkenaan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan.

Ujar Pengarah Butik Haqqi, Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris, pada tahun lalu, Haqqi menyumbang sebanyak 2,000 baju sejuk (winter coat) diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Syria Care.

"Ada juga sebahagian peratus lagi kita sumbangkan untuk sukarelawan yang membawa jemaah haji," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Butik Haqqi 2020 yang turut dihadiri Penolong Pengurus Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB), Noorsamah Awang di Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor sebentar tadi.

Pada majlis itu, Butik Haqqi dan KTHB menandatangani memorandum persefahaman menyambung kontrak kolaboratif selama tiga tahun.

MOHAMAD Fitri (kiri) dan Noorsamah bertukar-tukar dokumen memorandum persefahaman pada majlis pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.
MOHAMAD Fitri (kiri) dan Noorsamah bertukar-tukar dokumen memorandum persefahaman pada majlis pelancaran Butik Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi pada hari ini.

Cawangan Butik Haqqi di Bandar Baru Bangi itu baru sahaja tiga minggu beroperasi di lokasi baharu yang lebih strategik iaitu di Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral.

Dalam pada itu, Mohamad Fitri yang juga Duta Butik Haqqi berkata, pihaknya merancang untuk membuka cawangan baharu di Makkah dan Madinah dijangka pada hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan:

"Dua lokasi Tanah Suci ini memang sinonim dengan ibadah haji dan umrah. Tidak lengkap jika tiada cawangan di sana.

"Kami sudah mengenal pasti lokasi yang berkaitan dan melihat tempat tersebut. Perbincangan lanjut mengenainya akan dibuat dari semasa ke semasa," jelas beliau.

Pada masa sama, kata Fitri, beberapa buah bandar raya akan di negara ini akan menjadi lokasi tumpuan pembukaan baharu cawangan Butik Haqqi antaranya di Johor Bahru, Johor; Alor Setar, Kedah dan Kuantan, Pahang.

Butik Haqqi yang mula beroperasi pada tahun 2016 menjual pelbagai kelengkapan haji dan umrah antaranya ihram, jubah, kurta, sarung tangan, kit kosmetik haji dan telekung.

MOHAMAD Fitri (kanan) dan Noorsamah ketika pelancaran Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi sebentar tadi.
MOHAMAD Fitri (kanan) dan Noorsamah ketika pelancaran Haqqi 2020 di Bandar Baru Bangi sebentar tadi.