Wanita ditemui mati dengan kesan kelar

Mayat mangsa ditemui di kawasan letak kereta di Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.
Mayat mangsa ditemui di kawasan letak kereta di Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.
A
A
A

PUCHONG - Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar di tempat letak kenderaan di Pusat Bandar Puchong Jaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa berusia lingkungan 50-an ditemui kira-kira jam 10.20 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan kelar di bahagian badan.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Toyota Camry dipercayai milik mangsa turut ditemui di lokasi kejadian.

"Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta Unit Anjing Pengesan (K9).

"Pemeriksaan kamera litar tertutup di sekitar lokasi kejadian juga sedang disemak untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan: