X

Kindly register in order to view this article
!

Acu pistol mainan ketika minta sedekah, 15 palauh ditahan polis

Foto memaparkan seorang kanak-kanak meminta sedekah menggunakan pistol mainan tular di laman sosial.
A
A

LAHAD DATU - Padah meminta sedekah sambil mengacukan pistol mainan, seorang kanak-kanak palauh lelaki bersama 14 individu lain ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Mereka ditahan dalam Operasi Cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana kira-kira jam 10.36 pagi tadi, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, bertindak atas gambar yang tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak palauh tidak berbaju memegang pistol mainan ketika meminta sedekah, pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu pergi ke lokasi.

Kesemua 15 yang ditahan itu berusia antara 6 bulan hingga 31 tahun.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Daripada kesemua tahanan itu, 11 daripadanya adalah kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nasri, siasatan polis mendapati senjata yang dipegang kanak-kanak itu ketika meminta sedekah merupakan pistol mainan yang diberi ibunya untuk bermain dengan kanak-kanak lain.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!