Sempat beli kerusi sebelum jatuh tingkat enam

Seorang wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kompleks beli-belah di Taiping hari ini. - Foto pembaca
Seorang wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kompleks beli-belah di Taiping hari ini. - Foto pembaca
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita berusia 54 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah kompleks membeli-belah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 5.10 petang.

"Siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa membeli kerusi dipercayai untuk dijadikan alas untuk memanjat tembok di kawasan parkir bangunan itu.

“Mangsa dipercayai mempunyai masalah mental dan pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: