Hong Kong catat kematian kedua Covid-19

Sebanyak 62 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Hong Kong. - Foto AFP
Sebanyak 62 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Hong Kong. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Seorang lelaki warga emas yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) di Hong Kong meninggal dunia hari ini dan merupakan kematian kedua dilaporkan berlaku di bandar raya tersebut.

"Pesakit berusia 70 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 12 Februari lalu selepas pengsan di rumahnya. Dia disahkan demam dan didiagnosis positif virus tersebut," kata pihak berkuasa hospital dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, 62 kes jangkitan direkodkan di Hong Kong dan dua daripadanya meninggal dunia.

Jangkitan pertama dilaporkan melibatkan mereka yang pernah berkunjung ke pusat wabak itu di Wuhan, wilayah Hubei, tetapi kes penyebaran lokal mula meningkat dalam kalangan penduduk yang tidak pernah melawat ke Tanah Besar China.

Sementara itu, jangkitan Covid-19 di Beijing telah mencecah 74,000 kes manakala lebih 2,000 kematian dicatatkan. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Hong Kong catat kematian pertama akibat koronavirus

Artikel Berkaitan: