Tentera Israel tahan dua remaja Palestin dalam masjid

Tentera Israel menveroboh perkampungan Betunia dan menahan dua remaja dalam sebuah masjid.
Tentera Israel menveroboh perkampungan Betunia dan menahan dua remaja dalam sebuah masjid.
A
A
A

RAMALLAH - PALESTIN. Tentera Israel menahan dua remaja lelaki Palestin di sebuah masjid di Tebing Barat yang diduduki semalam.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa sejumlah besar pasukan tentera Israel menceroboh perkampungan Betunia dan memberkas kedua-dua remaja terbabit yang ketika itu sedang berada di dalam masjid.

Remaja terbabit dikenal pasti sebagai Bassa Owaysa dan Muhammad Abu al-Arayes.

Kedua-dua mereka dipindahkan ke pusat tahanan Ofer untuk disoal siasat. - Agensi

Artikel Berkaitan: