X

Kindly register in order to view this article
!

Tengku Abdullah naik takhta Sultan Pahang, dimasyhurkan 15 Januari

Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah
A
A

PEKAN - [DIKEMASKINI] Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang ke enam berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu diumumkan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman dalam satu sidang media khas di Istana Abu Bakar, hari ini

Tengku Abdul Rahman bertitah, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 9A yang baharu ke dalam Perkara 34, Bahagian 1, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang.

"Implikasi penurunan takhta disebabkan oleh kegeringan yang besar dan berat.

"Ia juga atas nasihat Jumaah Pangkuan Raja Pahang yang bermesyuarat dan membuat keputusan serta menggazetkanya di Kuala Lumpur, semalam," titah Tengku Abdul Rahman.

Istiadat pemasyhuran akan diadakan 15 Januari ini di Istana Abu Bakar di sini, pada jam 11 pagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!