X

Kindly register in order to view this article
!

Yuna, suami ke Jakarta beri penghormatan terakhir

Gambar keluarga mentua dimuat naik Yuna di Twitter miliknya
A
A

PENYANYI terkenal Yuna bersama suaminya juga adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair kini berada di Jakarta Indonesia untuk bersama keluarga tersayang.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai bersama suaminya, Adam Yousof dari Amerika Syarikat hadir untuk memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Ashraf yang meninggal dunia semalam.

"Terima kasih semua di atas kiriman mesej. Kami amat merindui Ashraf. Alhamdulillah saya dan Adam kini berada di Jakarta bersama keluarga," kata Yuna dikongsi di Twitter miliknya hari ini.

Pada hantaran sama, Yuna memuat naik sekeping foto ibu dan bapa mertuanya, Khadijah Abdul Rahman dan Mohamad Anthony John Sinclair dan suaminya, Adam serta kakak iparnya, Aishah Sinclair memegang potret Allahyarham abang iparnya dalam wajah gembira.

Paparan Twitter Yuna maklumkan dia dan suami kini berada di Jakarta.
Paparan Twitter Yuna maklumkan dia dan suami kini berada di Jakarta.

Difahamkan, Yuna dan suami tidak berpeluang hadir pada majlis pengebumian Allahyarham di tanah perkuburan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat kira-kira jam 2.02 petang semalam.

Sebelum ini, Adam Yousuf sempat berkongsi foto mereka berdua ketika Allahyarham Ashraf datang ke New York bersama isterinya, Bunga Citra Lestari pada minggu lalu.

Mereka sempat meluangkan masa bersama di sana demi melepaskan rindu.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada jam jam 4.15 pagi semalam waktu tempatan (5.15 pagi waktu Malaysia) akibat serangan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN Ashraf Sinclair seorang dermawan