Syria pintas misil Israel

Sistem pertahanan udara Syria berjaya meimtas misil Israel.
A
A

DAMSYIK - SYRIA. Pertahanan Udara Syria berjaya memusnahkan kebanyakan peluru berpandu yang dilancarkan pesawat perang Israel ke arah Damsyik, kata media negara itu.

"Serangan agresif Israel hanya mengenai sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik," kata agensi berita Sana memetik sumber ketenteraan yang enggan namanya disebut.

Sumber itu menambah, serangan tersebut berlaku pada awal pagi semalam.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pengangkutan berkata situasi di lapangan terbang terbabit adalah normal dan tidak terjejas dengan pencerobohan Israel berkenaan.

Difahamkan, beberapa jet tempur berlegar-legar di ruang udara Syria dan ia datang dari arah Galilea sebelum melepaskan peluru berpandu.

Bagaimanapun, kebanyakan peluru berpandu gagal singgah ke sasaran selepas ia berjaya dipintas sistem pertahanan udara Syria. - Agensi