X

Kindly register in order to view this article
!

Pelayaran ihsan bantu pemuda patah tulang, pesakit strok

Muhammad Aiman yang mengalami patah tulang dibawa pelayaran ihsan oleh APMM Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Besut, Terengganu.
A
A

PASIR PUTEH - Seorang pemuda berusia 22 tahun yang mengalami patah tulang dibawa pelayaran ihsan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Besut, Terengganu semalam.

Muhammad Aiman Alias, 22, dari Pulau Perhentian patah tulang selepas dihempap batang kelapa ketika melakukan kerja-kerja menebang pokok.

Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes tersebut pada jam 10.50 pagi dari Klinik Kesihatan Pulau Perhentian.

"Sejurus menerima panggilan, APPM Kelantan terus menggerakkan bot untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan.

"Selain itu, kita turut menyelamatkan Chaan Chee Keong, 45, yang dipercayai menghidap penyakit strok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chaan Chee Keong yang dipercayai menghidap penyakit strok turut dibawa pelayaran ihsan oleh APMM Kelantan.
Chaan Chee Keong yang dipercayai menghidap penyakit strok turut dibawa pelayaran ihsan oleh APMM Kelantan.

Menurutnya, seramai tujuh anggota yang diketuai oleh Leftenan Madya Maritim Faris Mohd Sidek telah digerakkan untuk kerja-kerja menyelamat.

Katanya, kedua-dua pesakit memerlukan rawatan segera.

"Bukan itu sahaja, operasi tersebut terpaksa dilakukan ekoran keadaan angin kencang dan laut yang bergelora mencecah 3.5 meter ketika ini," katanya.

Muhd Nur Syam Asmawie berkata, APMM Kelantan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca sebelum melaksanakan sebarang aktiviti laut.

Katanya, orang ramai juga perlu segera melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut bagi negeri Kelantan khususnya di talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070.