Peraduan Wayang HibSinar – Fantasy Island

FANTASY ISLAND
FANTASY ISLAND
A
A
A

PERADUAN Wayang HibSinar kini kembali lagi dengan sebuah filem seram thriller arahan Jeff Wadlow, Fantasy Island.

Filem yang penuh dengan aksi kejutan itu akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 27 Februari depan.

Ia mengisahkan tentang Mr. Roarke yang membuatkan segala impian rahsia pengunjungnya di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

Berjayakah mereka menyelamatkan diri? Atau hidup mereka hanya berakhir di situ? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan.

Fantasy Island

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Jeff Wadlow

Pelakon: Michael Pena, Lucy Hale, Maggie Q, Portia Doubleday

Artikel Berkaitan:

Genre: Seram/thriller

Klasifikasi: 18

Tayangan: 27 Februari 2020

Edaran: Sony Picrures Entertainment



PERADUAN

Bagi yang ingin menonton secara percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Fantasy Island secara eksklusif bersama Wayang HibSinar (Sinar Harian), lengkapkan slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Fantasy Island merupakan filem wajib tonton saya kerana:

........................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan e-mel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 23 Februari 2020).



INFO TAYANGAN

Tarikh: 26 Februari 2020 (Rabu)

Masa: 8.30 malam

Lokasi: TGV 1Utama

(Terima kasih: Sony Pictures Entertainment: Olivia Liew)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).