Angka korban di China meningkat lebih 2,000 akibat Covid-19

Pihak berkuasa mengatakan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 74,185 kes disahkan manakala 136 orang meninggal dunia.
Pihak berkuasa mengatakan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 74,185 kes disahkan manakala 136 orang meninggal dunia.
A
A
A

BEIJING - Angka korban akibat koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 2,005 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara China hari ini.

Menurut agensi berita Anadolu, pihak berkuasa mengatakan dalam tempoh 24 jam lalu sebanyak 74,185 kes disahkan manakala 136 orang meninggal dunia.

Seramai 11,977 lagi yang dijangkiti berada dalam keadaan kritikal.

Jumlah mereka di bawah pemantauan perubatan menurun kepada 135,881 manakala bilangan pesakit dibenarkan pulang meningkat kepada 14,376.

Di luar tanah besar China, jumlah mereka yang dikesan dengan virus itu seramai 62 orang di Hong Kong dan 10 di Macau.

Koronavirus yang kini dikenali Covid-19 dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan terutama kelawar.

Virus itu merebak ke lebih 20 negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global. - Bernama

Artikel Berkaitan: