Mesyuarat khas bincang isu Covid-19 di Laos esok

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri-Menteri Luar ASEAN dan China akan bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) dalam satu mesyuarat khas di Vientiane, Laos esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China itu akan diketuai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau akan diiringi pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan.

"Kesemua Menteri Luar ASEAN dan Penasihat Negara merangkap Menteri Luar, China Wang Yi dijangka hadir ke Mesyuarat Khas ini,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, mesyuarat itu bakal memperlihatkan solidariti ASEAN dengan China dalam menangani isu wabak itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: