Mesyuarat Iskandar Malaysia di Singapura tangguh

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA – Mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang melibatkan Singapura dan Malaysia yang dijadualkan pada Isnin ini (14 Jan) telah ditangguhkan.

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, republik itu telah mencadangkan penangguhan mesyuarat itu dan dipersetujui Malaysia.

Dalam satu kenyataan bagi mengulas pertanyaan media mengenai penangguhan tersebut, jurucakap itu berkata : Pencerobohan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian terhadap perairan Singapura dekat Tuas pada 9 Jan 2019 menjadikan mesyuarat JMCIM ke-14 itu tidak dapat dipertahankan.”

“Justeru Singapura mencadangkan agar mesyuarat JMCIM itu ditangguhkan dan Malaysia bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak menyatakan tarikh baharu mesyuarat itu yang mana pusingan kali ini sepatutnya diadakan bandaraya kepulauan itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijadualkan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: