Perompak larikan 6,000 topeng muka di hospital

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TOKYO - Perompak di Jepun melarikan kira-kira 6,000 topeng muka dari sebuah hospital di tengah-tengah situasi negara itu yang mengalami kekurangan bekalan besar-besaran dan peningkatan harga dalam talian akibat koronavirus (Covid-19).

Menurut pegawai hospital, empat kotak topeng muka hilang dari tempat penyimpanan berkunci di hospital Palang Merah Jepun di bandar pelabuhan barat Kobe.

"Kami masih mempunyai sejumlah besar topeng yang cukup untuk meneruskan operasi harian di hospital. Tetapi kejadian ini sangat menyedihkan," katanya.

Susulan itu, polis melancarkan siasatan kerana pihak berkuasa mengesyaki perompak bercadang untuk menjual semula topeng yang dicuri.

Rompakan tersebut berlaku selepas beberapa tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pisau mengugut seorang pemandu lori dan melarikan ratusan tisu tandas di Hong Kong pada awal pagi kelmarin.

Minggu lalu, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga memaklumkan kerajaan Jepun telah menggesa pengeluar topeng muka untuk meningkatkan pengeluaran susulan permintaan yang semakin melonjak.- AFP

Artikel Berkaitan: