Ranting PKR Bandar Jengka terima 80 ahli baharu

Khairul Azam (empat, kanan) bersama ahli Ranting PKR baharu.
Khairul Azam (empat, kanan) bersama ahli Ranting PKR baharu.
A
A
A

BANDAR JENGKA - Seramai 80 orang mendaftar keahlian Ranting PKR Bandar Jengka terdiri daripada penduduk tempatan yang rata-ratanya golongan peniaga, baru-baru ini.

Setiausahanya, Khairul Azam Razili berkata, kemasukan ahli berusia lebih 30 tahun termasuk wanita itu seiring penubuhan ranting berkenaan bulan in yang menyasarkan penyertaan 3,000 ahli menjelang Disember 2019.

“Antara aspek utama diberikan penekanan dalam penubuhan ranting tersebut adalah dengan menjalankan pelbagai program pembangunan usahawan komersial, di peringkat akar umbi.

“Kami mengucapkan terima kasih atas kepimpinan Ketua Ranting PKR Bandar Jengka, Ibrahim Ismail dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Hafez Harun,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan: