Ashraf Ghani kekal Presiden Afghanistan

Ashraf Ghani
Ashraf Ghani
A
A
A

KABUL - Keputusan akhir Pilihan Raya Afghanistan pada 28 September lalu menunjukkan Ashraf Ghani berjaya mengekalkan jawatan untuk penggal kedua sebagai Presiden negara itu.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan Ashraf Ghani yang memperoleh 50.64 peratus kekal sebagai Presiden Afghanistan," kata ketua agensi itu, Hawa Alam Nuristani pada sidang media di Kabul.

Difahamkan, keputusan tersebut ditangguhkan selama hampir lima bulan selepas pesaing utamanya, Abdullah Abdullah mendakwa berlaku penipuan hingga menyebabkan proses kiraan semula undi terpaksa dilakukan. - AFP

Artikel Berkaitan: