X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek curi beg tangan dalam masjid diberkas

Suspek curi beg tangan di masjid telah diberkas di Bandar Sri Permaisuri semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai terlibat kes curi beg tangan di sebuah masjid di Sungai Besi di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada jam 10 malam di Bandar Sri Permaisuri semalam.

"Susulan tangkapan suspek ini, kita berjaya menyelesaikan dua kes curi dalam masjid di kawasan Salak Selatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, hasil semakan pihaknya mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berhubung kes jenayah.

"Suspek direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kenyataan Mohamed Mokhsein sebelum ini, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu daripada seorang wanita yang kehilangan beg tangan ketika berada di masjid berkenaan.

Menurutnya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek mencuri beg tangan itu ketika mangsa sedang solat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus