Semua penumpang kapal persiaran selesai jalani ujian Covid-19

Sebuah bas yang membawa rakyat AS meninggalkan Pier Cruise Terminal di pelabuhan Yokohama, Jepun. - Foto: AFP
Sebuah bas yang membawa rakyat AS meninggalkan Pier Cruise Terminal di pelabuhan Yokohama, Jepun. - Foto: AFP
A
A
A

TOKYO - Semua penumpang dan anak kapal yang dikuarantin dalam sebuah kapal persiaran dari Jepun telah diuji untuk koronavirus (Covid-19).

Susulan itu, lebih banyak negara kini mula memindahkan rakyat mereka daripada kapal tersebut.

"Kami telah melakukan ujian untuk semua orang di atas kapal. Beberapa keputusan ujian sudah keluar dan bagi mereka yang bebas wabak kami sedang berusaha membawa mereka keluar," kata Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato.

Dalam surat yang dihantar kepada penumpang, pihak berkuasa menjelaskan beberapa keputusan ujian akan mengambil masa untuk diproses dan pemindahan akan berlangsung bermula hari ini hingga 21 Februari.

"Jika anda dan rakan sebilik disahkan negatif wabak dan tidak mengalami simptom demam, anda perlu bersiap sedia untuk dipindahkan," kata surat itu.

Bagi individu yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang dijangkiti virus perlu dikuarantin semula.

Setakat ini, Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Australia, Hong Kong dan Korea Selatan telah mengesahkan akan memindahkan rakyat mereka daripada kapal berkenaan. - AFP

Artikel Berkaitan: