Covid-19: Dua lagi pulih, dibenar pulang

Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Dr Mohtar Pugut @ Ahmad (tengah) diapit pasangan suami isteri warga China selepas dibenar pulang petang tadi.
Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Dr Mohtar Pugut @ Ahmad (tengah) diapit pasangan suami isteri warga China selepas dibenar pulang petang tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sepasang suami isteri warga China yang sebelum ini positif koronavirus (Covid-19) disahkan pulih sepenuhnya.

Ini menjadikan 13 individu daripada 22 kes telah bebas daripada wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasangan tersebut yang sebelum ini dirawat di Hospital Permai, Johor telah dibenar pulang petang tadi.

"Ujian ulangan telah dilakukan sebanyak dua kali berturut-turut dan didapati negatif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, wanita berkenaan dimasukkan ke hospital pada 29 Januari lalu manakala suaminya, 40, dimasukkan ke wad isolasi sehari kemudian.

Artikel Berkaitan: