X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] 'Kasut Gombak' imbau memori peminat bersama Ashraf Sinclair

Ashraf membintangi iklan Kasut Gombak pada tahun 1998.
A
A

PEMERGIAN mengejut pelakon terkenal Ashraf Sinclair, 40, diratapi peminatnya hingga ada yang berkongsi memori membabitkan Allahyarham dalam kerjaya seninya.

Iklan pertama Allahyarham 'Kasut Gombak' pada 1998 sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-41 melonjakkan namanya dalam dunia seni tanah air kini tular di laman sosial.

Bukan itu sahaja, iklan yang diterbitkan sekitar 22 tahun lalu itu merupakan hasil karya pengarah terhebat, Allahyarham Yasmin Ahmad.

Iklan terbitan Petronas itu juga merupakan antara buah tangan pertama Allahyarham Yasmin yang mengangkat mutu barang buatan tempatan setanding dengan barang buatan antarabangsa.

Joe Lee menerusi kenyataan Twitternya memberitahu, "Adakah anda tahu: Salah satu penampilan awal Ashraf Sinclair adalah dalam 'Hero tempatan' Petronas komersil pada tahun 1998 yang dikenali sebagai 'Kasut Gombak'.

Iklan Kasut Gombak mengimbau kenangan peminat bersama Ashraf Sinclair.
Iklan Kasut Gombak mengimbau kenangan peminat bersama Ashraf Sinclair.

"Ia juga merupakan salah satu iklan arwah Yasmin Ahmad yang paling awal sebelum dia menceburi bidang perfileman," katanya yang menarik perhatian ramai di laman sosial.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menampilkan pelakon wanita hebat, Vanida Imran yang turut mengayakan kasut buatan Gombak berkenaan.

Sebaik menonton video tersebut, netizen mula mengimbau semula kenangan manis di zaman remaja mereka dan tidak menyangka iklan tersebut sudah mencecah usia 22 tahun.

Malah ada juga peminta telah jatuh cinta dengan Ashraf Sinclair ketika itu.

"Ya, saya ingat!, kasut Gombak! Sangat sedih menerima berita kehilangannya pagi tadi," kata Anna Zulkifli.

Kata Dee pula, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat seni tanah air dan juga Indonesia.

"Rasa macam tak percaya dia dah pergi, Al-Fatihah..." ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Bagi anda yang belum menonton iklan Kasut Gombak, ini peluang anda untuk menontonnya semula.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus