PRK Cameron Highlands: Bekas pendidik jadi calon Bebas

Sallehuddin Ab Talib. Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Sallehuddin Ab Talib. Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Bekas pendidik, Sallehuddin Ab Talib, 61, antara calon Bebas yang bertanding dalam PRK Cameron Highlands.

Salehuddin Ab Talib, 61, misi beliau adalah untuk mewakili suara rakyat setempat khususnya golongan peneroka.

"Nama pun wakil rakyat, maka mesti wakil suara hati dan nurani rakyat. Apa yang rakyat nak, itu yang kita perjuangkan.

"Antaranya saya akan perjuangkan nasib golongan peneroka dan generasi kedua di Felda. Selain itu, saya juga mahu membela veteran tentera yang jadi peneroka di Felda," katanya selepas proses penamaan calon di SMK Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Beliau yang menggunakan logo buku itu juga yakin latar belakang sebagai pendidik akan memberi kelebihan kepadanya.

"Saya akan usaha keras walaupun terpaksa berdepan dua kerajaan. Setiap orang ada kekuatannya jadi saya akan berjuang walaupun seorang diri.

"Selepas ini, saya akan gerakkan jentera dan mana-mana pihak yang ingin membantu amat dialu-alukan," katanya.

Salehuddin tinggal di Felda Sungai Koyan 2 dan mengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis sebelum bersara.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga merupakan ahli sebuah parti politik namun enggan mendedahkan parti mana. end