WHO cadang Malaysia perketat pemantauan

Telesidang antara Dr Dzulkefly dan Dr Tedros berlangsung selama 20 minit.
Telesidang antara Dr Dzulkefly dan Dr Tedros berlangsung selama 20 minit.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan agar Malaysia memperkukuhkan aktiviti pemantauan influenza dengan menjalankan ujian koronavirus (Covid-19) ke atas pesakit severe acute respiratory infection (SARI).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selepas mengadakan telesidang bersama Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus di kementerian itu di sini hari ini.

Menurut Dr Dzulkefly, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memaklumkan kepada WHO bahawa kementerian itu memperluaskan survey jangkitan salur pernafasan dengan menjalankan ujian Covid-19.

"KKM akan terus bekerjasama dengan WHO dan pihak-pihak yang terlibat," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Dzulkefly turut berkongsi bahawa WHO sekali lagi memuji langkah kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia menangani jangkitan koronavirus (Covid-19).

Pada 5 Februari lalu, wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan Covid-19 yang sebelum ini dikenali sebagai koronavirus.

Katanya, kerajaan Malaysia cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: