Keputusan STPM diumum 25 Februari ini

MPM
MPM
A
A
A

SHAH ALAM – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan diumumkan 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Seramai 44,823 calon menduduki STPM 2019 di 652 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 44,501 calon atau 99.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 167 (0.37 peratus) calon sekolah swasta, 128 (0.29 peratus) calon persendirian individu dan 27 (0.06 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: