X

Kindly register in order to view this article
!

Pulau Pinang mohon pembenihan awan disegerakan

Keadaan Empangan Muda yang semakin kritikal.
A
A

GEORGETOWN- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memohon operasi pembenihan awan di Pulau Pinang dan selatan Kedah bagi membolehkan hujan di empangan dan tadahan air terutama di Sungai Muda.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, PBAPP dan selatan Kedah masih bergantung tinggi ke atas abstraksi air mentah dari Sungai Muda sepanjang musim kering kini.

Menurutnya, Sungai Muda adalah sumber air mentah utama Pulau Pinang dan selatan Kedah.

"Kita mengoptimumkan abstraksi air mentah setiap hari dari Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang untuk memenuhi keperluan negeri ini. Lebih daripada 80 peratus air mentah yang diabstrak setiap hari dari sungai itu.

"Sebanyak 14 loji rawatan air di Kedah bergantung kepada air mentah dari Sungai Muda untuk memenuhi keperluan selatan Kedah. Di muka sauk Lahar Tiang, paras sungai menurun di bawah tahap amaran 2 meter sejak 1 Januari lalu dan semalam mencatatkan 1.9 meter," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Jaseni berkata, Empangan Muda kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas kapasitinya menunjukkan 7.44 peratus daripada kapasiti keseluruhan iaitu 160 bilion liter.

"Peratusan kapasiti itu tidak mampu menyokong paras Sungai Muda. Paras Empangan Muda sehingga semalam menunjukkan pengurangan ketara iaitu 6.7 peratus manakala Empangan Beris pula 67.2 peratus. Kedua-dua empangan ini melepaskan air ke Sungai Muda untuk mengekalkan paras sungai semasa musim kering," katanya.

Jaseni berkata, kapasiti efektif Empangan Mengkuang adalah 72.9 peratus pada semalam dan ia tidak mampu untuk memenuhi semua keperluan air mentah di Pulau Pinang.

"PBAPP hanya melepaskan maksimum 300 juta liter air sehari (MLD) dari Empangan Mengkuang, manakala purata penggunaan air terawat Pulau Pinang adalah 843 MLD tahun lalu. Empangan Mengkuang berperanan sebagai simpangan strategik kemarau.

"Ia menyokong permintaan air mentah Pulau Pinang namun empangan ini hanya dapat membekalkan maksimum 300 MLD air mentah setiap hari. Empangan Mengkuang membantu untuk memenuhi keperluan air mentah harian Pulau Pinang, jika PBAPP masih mampu untuk mengabstrak air mentah dari Sungai Muda," katanya.

Beliau berkata, lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh PBAPP setiap hari dari sungai tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!