Lelaki pijak al-Quran diarah jalani pemeriksaan mental

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU- Mahkamah Majistret Johor Bahru mengarahkan lelaki yang memijak al- Quran dan menghina Islam di Facebook sehingga tular, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai.

Tertuduh, Mohd Zulkifli Ali, 33, hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan yang dilakukan pada 13 Februari lepas, jam 8.40 pagi di sebuah bilik hotel di Taman Tebrau Jaya Johor Bahru.

Pertuduhan pertama, mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa mencemarkan suatu objek iaitu al-Quran yang dianggap suci bagi penganut agama Islam dengan memijak dan berniat menghina Islam.

Pertuduhan kedua di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, tertuduh mengeluarkan perkataan yang menghina ALLAH dan didengar seorang individu dengan niat yang disengajakan atau memalukan perasaan keagamaannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 17 Mac depan bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen kesihatan mental tertuduh.

Artikel Berkaitan: