X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga rumah, dua kereta musnah terbakar

Tiga rumah dan dua kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Assam Jawa di sini semalam.
A
A

TANJONG KARANG - Tiga rumah sewa musnah dalam kebakaran di Kampung Assam Jawa di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 petang semalam.

Menurutnya, seramai 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan Bestari Jaya.

"Setibanya jentera di lokasi didapati berlaku kebakaran tiga rumah sederet kelas C dan dua kereta jenis Proton Saga dan Proton Putra terbakar 80 peratus," katanya.

Ismail berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.31 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.45 petang.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.