UMP tuan rumah Jom Masuk IPT Zon 2

Dr Mohd. Rosli (depan, tengah) bersama petugas UMP mempromosikan Program Jom Masuk IPT yang akan berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang di sini pada 22 dan 23 Februari ini.
Dr Mohd. Rosli (depan, tengah) bersama petugas UMP mempromosikan Program Jom Masuk IPT yang akan berlangsung di Kompleks Sukan UMP Gambang di sini pada 22 dan 23 Februari ini.
A
A
A

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah program Jom Masuk IPT Zon 2 (Pahang) yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Februari ini.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu memberi peluang kepada lepasan sekolah menengah, lepasan diploma dan setaraf melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pendidikan tinggi di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Ts Dr Mohd Rosli Hainin, berkata, program itu juga merupakan pusat sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dalam negara.

Menurutnya, program kali ini turut memberi peluang kepada orang ramai mengenai pengajian program teknologi kejuruteraan yang ditawarkan UMP termasuk bidang berkaitan program Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Dr Mohd Rosli berkata, sebanyak 100 reruai disediakan kepada pempamer daripada Universiti Awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institusi-institusi pendidikan tinggi lain.

"Turut diadakan pameran dan demonstrasi sains dan teknologi seperti Lego Mindstorm Robot, Augmented Reality (AI) Educational Book, Social Robot (Facial Emotion Recognition) dan Kit STEM Bot," katanya.

Pelancaran penganjuran ‘Jom Masuk IPT’ Zon 2 (Pahang) bakal disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penganjuran Jom Masuk IPT 2020 dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di di Persada Johor International Convention Centre, Johor pada 15 dan 16 Februari 2020 lalu.

Artikel Berkaitan:

Selain UMP, program itu juga dijadualkan di beberapa lokasi lain termasuk di Taman Tasik Darulman, Jitra (29 Febuari dan 1 Mac), Sabah International Convention Centre (7 dan 8 Mac), Amanjaya Convention Center, Ipoh (14 dan 15 Mac), Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu (14 dan 15 Mac), Borneo Convention Centre (21 dan 22 Mac) dan MAEPS, Serdang (28 dan 29 Mac 2020).