X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

PRK Cameron Highlands: MCA datang, ini respons Umno

Wakil MCA hadir di pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands, di SMK Sultan Ahmad Shah, hari ini.
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Kehadiran pimpinan MCA pada majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini mungkin dapat menghangatkan kembali hubungan Umno-MCA.

Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau berpuas hati dengan suasana itu.

"Oh saya amat berpuas hati kerana pimpinan MCA ramai yang datang. MIC paling ramai datang dan rakan-rakan.

Ini jelas menunjukkan kesepakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas majlis penamaan calon PRK Cameron Highlands selesai, hari ini.

Pimpinan MCA iaitu Naib Presidennya, Datuk Seri Ti Lian Ker; Ketua Wanita, Heng Seai Kie dan Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting kelihatan hadir bersama penyokong BN sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Malah mereka dilihat duduk semeja dengan pimpinan Umno dan MIC semasa proses penamaan calon sedang berlangsung pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohamad sempat berterima kasih kepada Pas yang menurunkan pimpinannya ketika pengumuman calon di Kuala Lumpur dan penamaan calon, hari ini.

Sementara, Lian Ker ketika ditemui selepas penamaan calon memberitahu MCA memfokus kepada PRK dan mengetepikan isu cadangan pembubaran BN buat sementara.

"Kehadiran MCA hari ini untuk tunjukkan solidariti pembangkang. Jadi isu bubar BN kita tak fokus dulu, biar tumpu pada PRK ini dahulu.

"Sememangnya kita akan sokong calon ini kerana buat julung kalinya seorang calon Orang Asli yang cukup syarat diketengahkan," katanya.

BN mempertaruhkan bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor yang merupakan anak tempatan dari suku kaum Semai, Cameron Highlands.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!