GRO pandu kereta mewah dicekup

Wanita ini mengakui kereta mewahnya dibeli hasil wang menjual tubuhnya.
Wanita ini mengakui kereta mewahnya dibeli hasil wang menjual tubuhnya.
A
A
A

GEORGETOWN - Kemewahan seorang pelacur wanita terbongkar ketika serbuan sepasukan polis di sebuah hotel di Jalan Siam di sini pada jam 8 malam tadi.

Wanita berusia 40-an itu mengaku memiliki kereta mewah Mercedez hasil kegiatan pelacuran sejak beberapa tahun lalu selepas meminta kebenaran untuk mengambil barang peribadinya di dalam kereta tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi pagi tadi mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurutnya, operasi dilakukan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dipercayai bapa ayam yang menguruskan kesemua pelacur tersebut dan merampas wang tunai RM5,000.

Menurutnya, selain wanita tempatan tersebut, polis turut menahan lapan pelacur warga asing iaitu seorang warga Vietnam, lima dari Thailand dan dua dari Indonesia.

"Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 23 hingga 32 tahun. Polis turut merampas wang tunai RM3,000 dipercayai hasil pelacuran," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPK Pulau Pinang untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A dan 372B Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sembilan pelacur ditahan di sebuah hotel dalam serbuan malam tadi.
Sembilan pelacur ditahan di sebuah hotel dalam serbuan malam tadi.