SSM anjur #JOMDAFTARSSM2020 dan Hari Bersama Pelanggan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan program khas, #JOMDAFTARSSM2020 dan Hari Bersama Pelanggan SSM di Menara SSM@Sentral di sini pada Khamis ini.

SSM dalam satu kenyataan semalam berkata, penganjuran program itu adalah selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Dasar Keusahawanan Nasional Malaysia yang diperkenalkan kerajaan bagi membangunkan ekosistem perniagaan serta industri holistik di Malaysia.

“SSM menyasarkan sebanyak 2,020 pendaftaran perniagaan di seluruh negara dalam tempoh sehari. Orang ramai yang menyertai program ini dan mendaftarkan perniagaan pada hari berkenaan akan mendapat sijil khas penyertaan sebagai tanda penghargaan.

“Mereka juga berpeluang menang cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 200 hadiah,” menurut kenyataan tersebut.

SSM berkata, penyertaan #JOMDAFTAR-SSM2020 terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang ingin mendaftarkan perniagaan dan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Program tersebut dijangka dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

Artikel Berkaitan: