Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia

Ashraf
Ashraf
A
A
A

[DIKEMASKINI] PELAKON, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut Kompas.com.

Suami kepada penyanyi, Bunga Citra Lestari itu disahkan menghembuskan nafas terakhir hari ini melalui pesanan aplikasi WhatsApp oleh pengurus penyanyi itu kepada portal berita berkenaan.

"Ia (benar meninggal dunia)," seperti dilapor portal tersebut.

Selain berlakon, Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohd Sinclair merupakan seorang peragawan dan pengacara rancangan televisyen.

Ashraf dilahirkan di London pada 8 September 1979.

Allahyarham berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008.

Artikel Berkaitan: