Syarikat penerbangan Lubnan enggan terima mata wang tempatan

Gambar hiasan. - Foto Agensi
Gambar hiasan. - Foto Agensi
A
A
A

BEIRUT - Syarikat penerbangan Lubnan, Middle East Airlines (MEA) dan syarikat penerbangan lain yang beroperasi di negara itu tidak akan lagi menerima pembayaran dalam mata wang tempatan.

Menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan, bermula hari ini, MEA yang dimiliki 99 peratus oleh bank pusat akan menerima pembayaran yang dibuat oleh mana-mana kad kredit atau cek bank dengan syarat ia dibuat dalam mata wang asing.

Susulan pengumuman itu, puluhan pelanggan memenuhi pejabat MEA di lapangan terbang di Beirut dengan harapan dapat membayar tiket mereka dalam pound Lubnan.

Beirut bergelut dengan krisis ekonomi dan politik terburuknya dalam beberapa dekad susulan protes ganas selama beberapa bulan yang memaksa kerajaan terdahulu meletak jawatan.

Bloomberg melaporkan, selama ini, Beirut bergantung kepada kiriman wang jutaan rakyatnya yang tinggal di luar negara bagi membiayai defisit akaun semasa, meningkatkan sistem perbankan dan menambahkan pegangan pound.

Bagaimanapun, dengan aliran keluar modal yang semakin meningkat, bank pusat terpaksa mencatu dolar dan peminjam tempatan telah mengenakan had pengeluaran serta pergerakan dana luar negara.

Ahli Parlimen, Jamil El Sayyed bagaimanapun menyelar keputusan itu sebagai menyalahi undang-undang.

Difahamkan, undang-undang Lubnan menetapkan bahawa mana-mana institusi yang dimiliki, dibiayai atau diuruskan kerajaan secara keseluruhan atau sebahagian wajib menerima mata wang negara atau kadar dolar rasmi yang ditetapkan ban pusat. - Agensi

Artikel Berkaitan: