Kumpulan berhaluan kiri rancang serang masjid

Pegawai polis menahan salah seorang daripada 12 lelaki dalam satu siaatan di seluruh negara. - Foto AFP
Pegawai polis menahan salah seorang daripada 12 lelaki dalam satu siaatan di seluruh negara. - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Sebuah kumpulan berhaluan kiri di Jerman ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan antikeganasan kerana didakwa merancang serangan berskala besar ke atas masjid di negara itu seperti yang dilakukan di Christchurch, New Zealand tahun lalu.

Menurut laporan akhbar Bild dan majalah Der Spiegel, kumpulan terdiri daripada 12 individu itu ditahan Jumaat lalu kerana mahu menyerang masjid ketika umat Islam sedang menunaikan solat.

Kesemua suspek merancang untuk meniru serangan di dua masjid di Christchurch yang mengorbankan 51 orang dengan menggunakan senjata separa automatik.

Ketua kumpulan dikatakan telah memaklumkan secara terperinci tentang rancangan tersebut kepada anak buahnya minggu lalu.

"Rancangan itu terbongkar selepas seorang sumber melaporkannya kepada penyiasat," lapor Bild dan Der Spiegel.

Penyiasat kemudiannya melancarkan serbuan untuk memastikan sama ada suspek sudah mempunyai senjata atau bekalan lain yang boleh digunakan dalam serangan. - AFP

Artikel Berkaitan: