Pencuri tinggal nota minta maaf pecah masuk pejabat Ebit Lew

Nota yang ditinggalkan pencuri.
Nota yang ditinggalkan pencuri.
A
A
A

BANDAR BARU BANGI - Penjenayah yang memecah masuk pejabat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Bandar Baru di sini hari ini sempat meninggalkan nota sebelum melarikan wang dan pelbagai peralatan berjumlah RM50,000.

Ebit dalam status di Facebooknya memberitahu, beliau terkejut ketika dimaklumkan mengenai insiden itu sebelum memulakan majlis ceramah di Penjara Perlis.

"Ya ALLAH terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu pejabat saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer, dan kamera yang ada rakaman ceramah dan dakwah serta telefon dan ada duit sedikit telah tiada.

"Lebih RM50,000 juga semuanya. Ya ALLAH, Tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini (Ampun ya pak...saya terpaksa)," katanya.

Perkongsian di Facebook Ebit Lew mengenai insiden yang menyebabkannya kerugian lebih RM50,000 itu kini tular di media sosial dan meraih 14,000 reaksi.

Perkongsian Ebit menerusi Facebook tular di media sosial yang meraih 14,000 pelbagai reaksi.
Perkongsian Ebit menerusi Facebook tular di media sosial yang meraih 14,000 pelbagai reaksi.

Namun, Ebit reda dan menyifatkan kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Ya ALLAH, aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua ya biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat di sebalik semuanya," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, perkongsian itu membuat rata-rata netizen bersimpati dengan insiden yang menimpa penceramah terkenal itu.

Rata-rata netizen bersimpati dengan insiden yang menimpa penceramah terkenal itu.
Rata-rata netizen bersimpati dengan insiden yang menimpa penceramah terkenal itu.

"Semoga menjadi asbab kebaikan buat Ustaz Ebit Lew dan hidayah buat mereka yang mengambil untuk memulangkan kembali apa yang telah diambil. Amin," tulis Norlela Mohd Noor di Facebook.

Azlinda Zainal Aidie pula berkata, "Kesiannya, terdesak itu. Semoga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik bagi Ustaz Ebit Lew dan bagi si pencuri, semoga ALLAH kurniakan hidayah baginya dan asbab dia berubah menjadi lebih baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, laporan kejadian itu dibuat kakitangan pejabat Ebit pada jam 8.59 pagi hari ini.

Ebit Lew mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas pejabatnya dipecah masuk oleh penjenayah di Bandar Baru Bangi, hari ini
Ebit Lew mengalami kerugian kira-kira RM50,000 selepas pejabatnya dipecah masuk oleh penjenayah di Bandar Baru Bangi, hari ini

"Suspek dipercayai seorang lelaki bertindak memanjat bangunan dari arah belakang pejabat di tingkat dua, namun siasatan masih dijalankan dan kita sedang giat mengesan suspek.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk memberikan keterangan atau boleh hubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Affiq Shahmey Ahmad Akhir di talian 013-2490964," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.