Henti bangkit isu peralihan kuasa: Dominic

Dominic
Dominic
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti daripada membangkitkan isu berkaitan peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan, sebaliknya, perlu memberi tumpuan terhadap ekonomi negara yang semakin meruncing.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, segelintir pemimpin dalam kerajaan PH dilihat lebih memfokuskan kepada kuasa semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan rakyat dan negara.

“Perkara ini jelas terlihat ketika negara kita sedang berdepan dengan masalah penularan wabak Covid-19, pemimpin PH sibuk dengan urusan peralihan kuasa Perdana Menteri dalam pentadbiran tanpa langsung menjaga sensitiviti rakyat yang sedang runsing kerana wabak tersebut.

“Oleh itu, kerajaan PH seharusnya sedar masalah tersebut tidak akan selesai dengan peralihan kuasa. Malah, ia bukan satu jaminan bahawa negara akan kembali pulih seperti biasa,” katanya satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, peralihan kuasa bukan semudah yang digambarkan kerana pelaksanaannya akan memberi impak dalam pembangunan ekonomi negara.

“Ia (peralihan kuasa) bukan sesuatu yang didambakan rakyat ketika ini. Rakyat memilih PH kerana kegigihan mereka untuk baik pulih negara.

“Gerakan sangat kecewa dengan desakan peralihan kuasa oleh segelintir pihak. Lantaran itu, kerajaan tidak harus akur dan patuh dengan desakan itu, sebaliknya memberi tumpuan terhadap kestabilan ekonomi dalam negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: