Covid-19: Tiada kes di SJKC Ko Kuang

JKNJ nafi kes Covid-19 di SJKC Ko Kuang, Skudai sebagaimana yang tular di media sosial.
JKNJ nafi kes Covid-19 di SJKC Ko Kuang, Skudai sebagaimana yang tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan mengenai terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ko Kuang, Skudai seperti yang tular di media sosial.

JKNJ melalui kenyataan di Facebook rasminya memberitahu, berita terbabit sama sekali tidak benar dan mengingatkan orang awam tidak menyebarkannya kerana dibimbangi akan menimbulkan situasi panik.

“Harus diingatkan penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan,” katanya.

Sejak Sabtu lalu, tular kenyataan berhubung kes Covid-19 di SJKC Ko Kuang, Skudai yang didakwa daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Artikel Berkaitan: