X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Sajat tidak pernah insaf, kata Mujahid

Mujahid berkata, Sajat tidak pernah insaf melakukan perbuatan yang dilaknat oleh ALLAH walaupun telah menerima teguran daripada pelbagai pihak.
A
A

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat tidak pernah insaf melakukan perbuatan yang dilaknat oleh ALLAH walaupun telah menerima teguran daripada pelbagai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, teguran oleh masyarakat terhadap Sajat bukanlah perkara baharu, malah tindakan itu telah dilakukan sejak 2013.

"Sajat yang memperagakan pakaian dan aksi yang memalukan budaya serta norma dan aksi lembut melampau yang bertentangan dengan syariat serta penciptaan seorang lelaki telah ditegur masyarakat dan netizen sejak 2013 lagi.

"Namun, dia seolah-olah tidak pernah merasa insaf dan bersalah. Dia tidak pernah nak baiki diri malah semakin lagi galak yang menunjukkan dia tidak kisah semua ini dan tidak ada perkiraan langsung kepada sensitiviti masyarakat," katanya.

Mujahid berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau yang kini sudah meraih 5,000 tontonan dan 236 tanda suka.

Perkongsian Mujahid di Facebook kini meraih 5,000 tontonan dan 236 tanda suka.
Perkongsian Mujahid di Facebook kini meraih 5,000 tontonan dan 236 tanda suka.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, tidak dinafikan Sajat mempunyai sifat lembut yang merupakan pemberian ALLAH, namun ia bukan lesen kepadanya untuk mempamerkan dengan pelbagai bentuk dan gaya yang melanggar syariat.

"Usah kata lelaki atau perempuan memang tak boleh kerana isunya ialah dengan mempamerkan kata perlakuan tidak senonoh itu sendiri boleh menyebabkan isu moral, itu tak kira Sajat tak kira siapa.

"Kalau Sajat lagilah kerana menjadi tumpuan orang ramai dengan aksi-aksinya yang dipamerkan dan ditontonkan kepada orang awam mengundang kemarahan orang ramai," katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Mujahid dan mengharapkan agar kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sajat.

"Yang ini aku setuju dengan menteri. Betul, lama dah sangat orang tegur Sajat dan banyak dah bukti mengatakan Sajat itu lelaki, saya berharap agar kerajaan ambil tindakan atas perbuatannya," tulis Idris Zahriz di Facebook.

Suliana Ibrahim pula memberitahu, "Saya harap kerajaan ambil tindakan terhadap Sajat lebih-lebih lagi perbuatannya ketika menunaikan umrah. Itu adalah perbuatan yang paling tidak disangka-sangka Sajat berani untuk melakukannya."