Empat lelaki didakwa miliki, angkut rokok seludup

Dua daripada empat tertuduh di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.
Dua daripada empat tertuduh di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.
A
A
A

KEMAMAN - Empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisteret hari ini atas pertuduhan mengangkut 828 kotak barang larangan Kastam dan memiliki rokok seludup bernilai keseluruhan RM18,484.42.

Tertuduh, Liong Meng Soh, 30; Al Marzaid Mohd Ardin, 25; Maliki Ngah, 43 dan warga Indonesia, Ridwan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Tertuduh, Liong Meng dikenakan ikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 2 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dia didakwa mengangkut barang larangan Kastam iaitu 224 karton rokok pelbagai jenama yang ditaksirkan bernilai RM6,077 dan melibatkan cukai sejumlah RM8,160 menggunakan kereta jenis Proton Waja.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, Jalan Pantai Kemasek, di sini, jam 6.10 petang, pada 9 Febuari lalu.

Tertuduh Al Marzaid dan Maliki pula didakwa bersama-sama memiliki 136 karton rokok pelbagai jenama yang ditaksirkan bernilai RM345.42 dan melibatkan cukai berjumlah RM524.40.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 50521, Lorong Melati 2, Taman Seri Pandan, di sini, jam 10.40 malam, pada 23 Oktober tahun lalu.

Mereka dibenarkan diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang dan mahkamah menetapkan 1 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ridwan didakwa memiliki 468 karton rokok pelbagai jenama ditaksirkan bernilai RM12,062 dan cukai RM51,260.60 di sebuah rumah pekerja di Ladang Rakyat Bukit Bandi, di sini pada jam 4.30 petang.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 April depan sebagai sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Kesemua tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(v)(aa) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali nilai barangan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Terengganu.