Solskjaer tak risau gagal layak ke Liga Juara-Juara

Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak risau sekirannya The Red Devils gagal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat teratas sekali gus tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Menurutnya, sekiranya gagal untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara, ia bukan sesuatu yang perlu dikesalkan selain beliau juga percaya United masih mampu menarik pemain bintang untuk beraksi bersama kelab itu.

"Jika dapat beraksi di Liga Juara-Juara sudah tentu akan memberikan sumber kewangan yang lebih banyak kepada kelab. Ia juga sebuah kejohanan besar untuk disertai.

"Namun, jika tidak layak, itu bukan jaminan bahawa kami akan gagal menarik pemain bintang. Apa yang penting kami perlu bermain baik musim ini dan ia akan memudahkan kami meyakinkan pemain untuk beraksi bersama kami.

"Jadi, musim depan tanpa Liga Juara-Juara pun saya yakin akan ada pemain bintang yang akan beraksi bersama kami," katanya.

Sejak memulai era baru tanpa dikemudi Sir Alex Ferguson, United dilihat bergelut untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas.

Malah, perjalanan gergasi EPL itu dalam saingan liga musim ini juga dilihat terumbang ambing dan tidak konsisten sekali gus mengundang risiko gagal untuk layak secara automatik beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

"Namun, itu bukan bererti saya tidak mahu slot tersebut (beraksi di Liga Juara-Juara). Kami akan tetap berusaha untuk meraih slot tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: