X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja Wendy mandi dalam sinki restoran dipecat

Tangkap layar video yang memaparkan seorang pekerja mandi di dalam sinki industri Restoran Wendy yang kini tular di media sosial.
A
A

GREENVILLE - Seorang pekerja sebuah restoran makanan segera dibuang kerja gara-gara tindakannya mandi di dalam sinki industri di dapur restoran itu sebelum memuat naik video berkenaan di media sosial.

Rakaman video berdurasi 23 saat itu menunjukkan lelaki itu duduk di dalam sinki yang dipenuhi air berbuih di Restoran Wendy di Greenville, Amerika Syarikat.

Video berkenaan yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok meraih lebih 36,000 tontonan dan turut dikongsi warga maya di platform laman sosial lain, lapor Metro UK.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan berbogel atau sebaliknya kerana hanya sebahagian badan dan lututnya yang kelihatan di dalam video berkenaan.

Turut kelihatan di dalam video itu seorang lagi lelaki yang dipercayai pekerja restoran makanan segera berkenaan.

“Rasa seperti mandi di dalam tab panas. Saya hanya seronok dengan kehidupan ini, bos,” katanya yang turut ketawa di dalam video berkenaan.

Sementara itu, jurucakap dan Naib Presiden Sumber Manusia syarikat, Christian Camp berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penularan video tersebut.

Menurutnya, pekerja terbabit kini diberhentikan serta-merta dan dan kawasan restoran telah dibersihkan sepenuhnya.

“Perbuatan itu tidak boleh diterima kerana menyalahi etika kerja, keselamatan, latihan dan prosedur piawaian operasi yang ditetapkan.

“Langkah sepatutnya sudah diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, kejadian tersebut mengundang kemarahan ramai namun restoran berkenaan kembali beroperasi seperti biasa pada 11 Februari lalu.