X

Kindly register in order to view this article
!

Pemudah bantuan disalurkan kepada golongan kurang mampu

Ronald Sia (dua dari kanan) dan Datuk Mohd Rashid Hasnon (tiga dari kanan) pada majlis Persatuan Kebajikkan Rasa Sayang di Batu Pahat Mall.
A
A

BATU PAHAT- Persatuan Kebajikan Rasa Sayang yang dianggotai pelbagai bangsa dan agama memudahkan bantuan disalurkan kepada golongan kurang mampu di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Pengerusinya, Ronald Sia berkata penubuhan persatuan tercetus selepas mendapati ramai golongan kurang mampu sukar mendapatkan bantuan.

"Persatuan akan mengenal pasti keluarga dalam golongan B40 dan supaya keperluan mereka dipenuhi. Bantuan daripada persatuan tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja malah dimanfaatkan kepada semua," katanya pada majlis perasmian Persatuan Kebajikan Rasa Sayang di Batu Pahat Mall semalam.

Katanya, bagi menambah dana persatuan ahlinya akan menggerakkan tabung pada majlis rasmi di sekitar bandar Batu Pahat.

Hadir sama Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Pada majlis sama seramai 100 murid daripada anak-anak golongan kurang berkemampuan menerima baucar tunai pembelian barangan keperluan mereka.