Syed Saddiq dipilih ketuai Bersatu Muar

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipilih Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muar bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Shahruddin Md Salleh yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Syed Saddiq berkata, tanggungjawab yang bakal digalasnya kini cukup berat.

“Terima kasih diucapkan kepada banyak pihak yang membantu dan memainkan peranan penting terhadap kemenangan ini.

“Ramai watak di sebalik tabir yang memungkinkan kejayaan ini terutamanya ahli parti Bersatu di Muar dan Johor amnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam.

Syed Saddiq juga mahu memastikan anak muda diberikan peluang untuk menjadi pemimpin.

“Sebagai antara ketua bahagian termuda, tanggungjawab yang bakal digalas sangat berat. Kekuatan akar umbi hingga ke peringkat pusat perlu diperkasa selain gerak kerja terus diperkukuhkan.

“Anak muda mesti diberi kepercayaan, amanah, tanggungjawab dan sokongan. Ia mesti bermula di peringkat akar umbi hingga ke peringkat pusat.

“Saya mahukan Muar yang aman, damai dan menyenangkan untuk penduduknya, dalam masa yang sama berpotensi menjadi maju dan mampu memberi kehidupan berkualiti kepada penduduknya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Syed Saddiq turut berterima kasih kepada semua ahli Bersatu di Bahagian Muar yang memberikan kepercayaan kepada beliau.

“Untuk warga Muar dan ahli parti Bersatu, saya hadir menyerah diri untuk terus bekerja keras,” katanya.