X

Kindly register in order to view this article
!

Bangladesh enggan terima Shamima Begum

Shamima ditemui pada 2019 oleh koresponden The Times, Anthony Loyd di sebuah kem pelarian di Syria. - Foto Agensi
A
A

DHAKA - Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen mengulangi pendirian untuk tidak membenarkan Shamima Begum memasuki negara itu.

Shamima dilucutkan kerakyatan Britain pada Februari tahun lalu selepas menyertai kumpulan militan Daesh ketika berusia 15 tahun.

Gadis berusia 20 tahun dari London itu kini berharap dapat pulang ke negara asal ibunya selepas rayuannya ditolak mahkamah Britain.

“Dia tidak memiliki sebarang hubungan dengan Bangladesh dan sama sekali tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke negara ini.

“Shamima adalah warga Britain dan tidak pernah datang ke Bangladesh.

“Ibu bapa serta datuk dan neneknya juga adalah warga Britain,” katanya.

Shamima serta dua lagi remaja, Kadiza Sultana, 16, dan Amira Abase, 15, meninggalkan rumah mereka pada Februari 2015.

Remaja terbabit yang diberi jolokan ‘Bethnal Green Trio’ terbang ke Istanbul, Turki sebelum menyeberang masuk ke Syria.

Shamima ditemui pada 2019 oleh koresponden The Times, Anthony Loyd di sebuah kem pelarian di Syria.

Sebelum ini, Shamima memberitahu ITV News bahawa beliau menyifatkan keputusan Britain melucutkan kerakyatannya sebagai tidak adil dan mungkin bercadang untuk memohon kerakyatan dari Belanda.

Shamima pernah melahirkan tiga bayi, namun kesemua mereka meninggal dunia akibat malnutrisi kronik. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus