X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada penyingkiran, enam peserta layak ke pentas akhir DDS

Finalis DDS - FOTO: Astro
A
A

PROGRAM Dansa Dan Sing (DDS) tampil dengan kejutan apabila mengumumkan tiada sebarang penyingkiran yang dilakukan pada pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

Kejutan itu sekali gus melayakkan kesemua enam perserta separuh akhir yang terdiri daripada Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew, Sophia Liana & Budak Ngam, Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad, Shiha Zikir & Team Squad, Wani Kayrie & DeLitz dan Waris & Alamak untuk beraksi di pentas penentuan pada Ahad depan.

Konsert separuh akhir itu berlangsung sengit menerusi dua tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada setiap peserta dengan tema Kostum dan 360 darjah.

Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew dan Sophia Liana & Budak Ngam mengungguli tempat teratas menerusi undian online apabila berkongsi markah yang sama sebanyak 19.4%. Manakala Waris & Alamak hampir tersingkir apabila memperoleh undian terendah sebanyak 14.4%.

DDS yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Zizan Razak selaku juri jemputan.

Kesemua peserta bertanding diadili menerusi format penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu markah juri profesional dan undian penonton secara online. Bagaimanapun, markah daripada juri profesional menyaksikan penilaian 70% untuk persembahan tarian, manakala 30% lagi daripada aspek nyanyian.

Program yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.